SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saturday 3 May 2014

PLTC 2014

11 April 2014 - 13 April 2014; SMK TAHO:
Patrol Leader's Training Course(PLTC) telah di adakan selma 3 hari 2 malam. Kursus ini telah disertai seramai 170 peserta terdiri daripada ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di daerah Petra Jaya. Kursus ini dijalankan adalah bertujuan mendedahkan penguasaan ilmu kepengakapan sebagai persediaan untuk memimpin kumpulan di sekolah masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dilaksana sepanjang kursus ini. Keadaan cuaca yang baik sepanjang kursus melancarkan lagi perjalanan program yang dirancang. Majlis penangguhan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Negeri Sarawak iaitu Tuan Sudaryo.

Kursus SIXERS 2014

4 April 2104 - 5 April 2014; SK Bandar Baru Samariang :
Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam di SK Bandar Baru Samariang. Semua peserta yang terlibat adalah ahli pengakap kanak-kanak yang telah dipilih menjadi ketua sekawan di sekolah masing-masing. Penyertaan adalah seramai 120 ahli pengakap dari 13 buah sekolah rendah di daerah Petra Jaya. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengalaman kepada ahli kursus yang bakap memimpin sekawan di sekolah masing-masing. Beberapa aktivti penting telah dilaksanakan.