SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SKIM LENCANA PENGAKAP REMAJA


UNIT PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak – Kanak dan kedua Pengakap Muda. Bahagian ini ialah bagi budak – budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
247N.

  1. Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.
  2. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai umur 18 tahun.
Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.
Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.
Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru :
a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap ( lihat Skim Lencana Pengakap Muda dan teruskan
b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim LAtihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi.
Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Muda. ( lihat Skim Latihan Pengakap Muda).
Cogan Kata bagi unit Pengakap Remaja ialah PANDANG LUAS.




TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM PERNGAKAP REMAJA








Lencana Pangkat diberi setelah ahli mengikuti kursus.

Nama Patrol Pengakap Remaja bertemakan nama Pahlawan.




SKIM LENCANA




Lencana Perkhidmatan


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.

1) Menyelamatan Nyawa
Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut: 

a. Pertolongan Cemas 
Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang
setaraf dengannya.

b. Pemadam Api
    Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

c. Penyelamat Nyawa
    Penyelamat Nyawa atau ‘Bronze Medallion’ daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau
    badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)

 2) Perkhidmatan Masyarakat

Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.




Lencana Kegiatan


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja , sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni mizik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.
Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut : -
1. Pementasan
2. Bertukang Kayu / Logam
3. Tarian kebudayaan
4. Kraftangan / Kerjatangan
5. Seni Mempertahankan Diri
6. Muzik
7. Urusetia
8. Pertanian
9. Komputer



Lencana Kemahiran


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : -
-  Simpul Tapak Kucing (Cat’s Paw Know)
-  Simpul Raga (Carrick Bend)
-  Simpul Serban (Turk’s Head)
-  Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
-  Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
-  Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
-  Sambat Pendek (Short Splice)
-  Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
-  Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
-  Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester’s Hitch)

3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :-
a. ’3-2-1′
b. ‘log&picket’
c. ‘dead-man’

4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau ‘aerial runway’ tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas ‘Orienteering’ dan cara membuat ‘cross-bearing’ bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat ‘bivouac’ dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods)seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast. 
8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat SATU model projek perintis.
10 Lakukan 1 yang berikut : -
a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
ATAU
c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk ‘abseilling’, langkah keselamatan, sistem belay, cara ‘abseilling’ dan melakukannya sejauh 8 meter
d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
    – melalui titi goyang.
    - melalui titi komando.
    – melalui titi pacak.
    – bergayut tali.
    – bergayut monyet.
    – merangkak ‘deadman’s crawl’.
    – menyusupi halangan tayar.
    – merangkak bawah jaring.
    – melalui terowong.
    – memanjat tali.
    – memanjat pokok.
    – memanjat tangga.
    – memanjat tembok.
    – memanjat batang pokok.
e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. – 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)

No comments:

Post a Comment